Susu Formula Mahal? Jom Ikuti Tips Ini

Posted by John 15/09/2014 2 Comment(s) Shopping,Traveling,Branding,New Products,

Di dalam Al-Quran, Allah banyak menceritakan tentang susu ibu. Antaranya,

“Para Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyususan itu” – Surah Al-Baqarah, Ayat 233.

Antara kelebihan menyusukan bayi selama 2 tahun:

Ikatan ibu dan anak

Walau sibuk manapun sebagai ibu yang masih menyusukan anak pasti aka nada sentiasa masa untuk menyusukan si anak. Semasa penyusuan, si anak akan didakap dan hal ini akan membuatkan si anak sentiasa dekat dengan si ibu. Mata anak anda akan mentap wajah si ibu walaupun kadangkala dia tidur. Ketika waktu inilah para ibu digalakkan untuk bercakap yang baik-baik dan meluahkan rasa saying kepada si bayi dengan kata lain berinteraksi. Secara fizikal bayi akan menunjukkan riak muka seolah-olah dia faham apa yang kita bualkan. Perasaan anda ketika itu saya percaya ialah salah satu memori yang sangat bernilai.

Jimat

Ya, jimat! Tak perlu fikir susu jenama apa yang sesuai untuk si bayi. Susu ibu susu paling terbaik dunia ciptaan Allah S.W.T yang tiada tandingan.  Khasiat susu ibu berbeza mengikut umur bayi. Kajian ada mengatakan ibu bapa membelanjakan lebih kurang RM6000 setahun untuk susu tepung sahaja. Anda hanya perlu berbelanja pam, breast pad, dan botol simpanan susu untuk bayi.

Antibodi

Bayi yang baru lahir sangat lembut dan tidak mampu menghasilkan antibodi sendiri sehingga umurnya menjangkau 2 tahun. Susu ibu mengandungi kandungan antibodi dan sel darah putih yang sangat baik untuk bayi untuk memacu system pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan seperti alergi atau kuman. Formulasi semulajadinya juga mudah dicerna dan di serap oleh tubuh bayi.

Ramping

20 kalori dapat dibakar untuk 1 ounce susu ibu. Dalam sehari, seorang bayi memerlukan kira-kira 19-39 ounce sehari, secara tak langsung mampu membakar sebanyak 380 hingga 600 kalori sehari. Selain itu, menyusukan bayi mampu mengecutkan Rahim setelah bersalin maka anda akan sentiasa kekal ramping dan anda boleh pakai apa sahaja yang anda mahu.

Kesimpulannya, susu ibu mengandungi banyak khasiat untuk bayi. Jika payudara anda bengkak, secara alternatifnya buat sementara waktu, anda hendaklah mengepam dan memberi bayi anda susu perahan. Akhir sekali, jangan lupa akan pengambilan makanan yang berkhasiat supaya dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.